29 April 2024

KEBANKRAPAN TERHADAP PENJAMIN

kebankrapan penjamin
APA ITU PENJAMIN DAN ADAKAH SEORANG PENJAMIN YANG MENJAMIN SESUATU KEMUDAHAN PINJAMAN BOLEH DI BANKRAPKAN? SEKIRANYA BOLEH, ADAKAH TERDAPAT SYARAT-SYARAT YANG PERLU DIPENUHI SEBELUM SESEORANG PENJAMIN ITU BOLEH DIBANKRAPKAN?

...

1. Siapakah penjamin? Penjamin adalah individu yang memberikan jaminan terhadap pinjaman yang diterima oleh seseorang pemiutang, lazimnya terdiri daripada individu yang mengenali pemiutang tersebut. 

...

2. Sekiranya seorang penghutang itu gagal membuat bayaran balik hutang atau pinjaman yang diterimanya, maka penjamin yang memberikan jaminan tadi akan turut bertanggungjawab untuk melangsaikan hutang dan pinjamannya.

...

3. Di dalam sesetengah keadaan, sesuatu pinjaman yang dipohon itu tidak akan diluluskan oleh entiti kewangan seperti bank tanpa sokongan dan jaminan seorang penjamin.

...

4. Disisi undang-undang, terdapat dua kategori penjamin. Kategori pertama adalah Penjamin sosial (social guarantor) manakala kategori yang kedua adalah penjamin bukan sosial (non-social guarantor).

...

5. Penjamin sosial adalah penjamin yang terdiri daripada individu yang memberi jaminan terhadap hutang atau pinjaman yang tidak bercirikan keuntungan (non-profit). 

...

6. Akta Insolvensi 1967 telah menggariskan tiga kategori penjamin yang dikenali sebagai penjamin sosial iaitu penjamin bagi satu pinjaman pelajaran, penjamin bagi transaksi sewa beli kenderaan untuk kegunaan persendirian dan penjamin bagi kemudahan pinjaman perumahan untuk kegunaan persendirian.

...

7. Penjamin bukan sosial pula adalah penjamin-penjamin lain yang memberikan jaminan kepada pinjaman selain daripada pinjaman pendidikan, sewa-beli kenderaan untuk kegunaan persendirian dan pinjaman perumahan untuk kegunaan persendirian.

...

8. Jaminan bukan sosial lazimnya adalah jaminan yang diberikan kepada pinjaman yang berbentuk keuntungan (profit based) contohnya seperti pinjaman persendirian (personal financing/loan) atau pinjaman perniagaan (business financing/loan). 

...

9. Contohnya seperti pengarah-pengarah syarikat yang memberikan jaminan pengarah (directors guarantee) terhadap pinjaman perniagaan yang diterima oleh syarikatnya.

...

10. Adakah seorang penjamin boleh dikenakan tindakan kebankrapan berdasarkan jaminan yang beliau berikan?

...

11. Bagi seorang penjamin sosial, beliau diberikan imuniti mutlak daripada prosiding kebankrapan. ini bermaksud seseorang penjamin sosial tidak boleh dikenakan sebarang tindakan kebankrapan.

...

12. Manakalah bagi seorang penjamin bukan sosial, tindakan kebankrapan hanya boleh diteruskan terhadapnya apabila pemiutang berjaya mendapatkan kebenaran mahkamah untuk memulakan tindakan kebankrapan tersebut.

...

13. Tanpa kebenaran Mahkamah, seorang penjamin bukan sosial tidak boleh dikenakan tindakan kebankrapan.

---

kebankrapan

____________________________


Perhatian - Mykebankrapan.com bukanlah merupakan laman yang dikendalikan oleh mana-mana jabatan yang berkaitan dengan Insolvensi di Malaysia mahupun mana-mana badan kerajaan. Ianya dikendalikan oleh pihak profesional tempatan yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana jabatan yang berkaitan dengan Insolvensi di Malaysia atau mana-mana badan kerajaan atau yang sewaktu dengannya. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam Mykebankrapan.com tidak boleh dijadikan panduan untuk sebarang tindakan secara sendirian tanpa terlebih dahulu merujuk kepada mana-mana konsultan atau peguam yang berpengalaman.


22 April 2024

MEMAHAMI PROSIDING KEBANKRAPAN SECARA RINGKAS

prosiding kebankrapan

PROSIDING KEBANKRAPAN ADALAH PROSES DAN TATACARA BAGI MENDAPATKAN PERINTAH KEBANKRAPAN TERHADAP SESEORANG PENGHUTANG DI MAHKAMAH. NAMUN APA DAN BAGAIMANAKAH PROSES UNTUK MEMBANKRAPKAN SESEORANG ITU? APAKAH YANG AKAN BERLAKU SEBELUM SATU PERINTAH KEBANKRAPAN BOLEH DIREKODKAN KE ATAS SESEORANG ITU?

...

1. Lazimnya apabila seseorang penghutang yang telah memfailkan Writ Saman untuk suatu tuntutan hutang di Mahkamah dan berjaya mendapatkan Penghakiman ke atas orang yang di samannya, penghutang tersebut berhak untuk memulakan satu prosiding kebankrapan ke atas penghutang tersebut.

...

2. Proses dan prosiding kebankrapan ini kebiasaannya dimulakan apabila penghutang penghakiman enggan atau gagal membuat bayaran berdasarkan amaun hutang yang dinyatakan di dalam penghakiman selepas beliau diserahkan dengan sesalinan penghakiman tersebut.

...

3.  Apabila penghutang berdegil dan masih enggan membuat apa-apa pembayaran, pemiutang penghakiman akan memberikan arahan kepada peguam untuk memulakan prosiding kebankrapan di Mahkamah.

...

4. Prosiding seterusnya ini akan dimulakan dan segala dokumen-dokumen berkenaan dengan prosiding ini akan difailkan di Mahkamah Tinggi.

...

5. Peguam yang dilantik akan memfailkan satu dokumen yang di namakan Notis Kebankrapan. Sesalinan Notis ini yang telah diluluskan oleh Mahkamah seterusnya akan dihantar kepada Penghutang.

...

6. Notis Kebankrapan ini berfungsi sebagai tuntutan pembayaran akhir sebelum Pemiutang boleh memfailkan dokumen seterusnya. Tempoh masa untuk mematuhi Notis Kebankrapan ini kebiasaanya adalah tujuh (7) hari. 

...

7. Selepas tamat tempoh yang diberikan, Peguam akan memfailkan satu dokumen yang dikenali sebagai Petisyen Pemiutang. Petisyen ini berfungsi sebagai permohonan pemiutang di Mahkamah agar satu perintah kebankrapan direkodkan ke atas penghutang yang enggal atau gagal membayar amaun penghakiman tadi.

...

8. Setelah Petisyen Pemiutang serta kesemua dokumen-dokumen lain yang berkenaan  telah difailkan dengan sempurna dan semua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh undang-undang dan Mahkamah telah dipatuhi, maka satu Perintah yang dinamakan sebagai Perintah Kebankrapan akan direkodkan ke atas si penghutang tadi di Mahkamah.

...

9. Dengan Perintah kebankrapan tadi maka si Penghutang tersebut akhirnya diisytiharkan sebagai bankrap atau muflis, di mana kesemua aset-aset dan harta-harta beliau akan ditadbir oleh Ketua Pengarah Insolvensi.

...

10. Namun perlu diingatkan bahawa proses dan tatacara yang dijelaskan di dalam rencana ini adalah rumusan ringkas daripada keseluruhan proses kebankrapan di Mahkamah. Ianya sudah pasti tidak semudah sekadar memfailkan satu atau dua dokumen semata-mata. 

---

kebankrapan

____________________________


Perhatian - Mykebankrapan.com bukanlah merupakan laman yang dikendalikan oleh mana-mana jabatan yang berkaitan dengan Insolvensi di Malaysia mahupun mana-mana badan kerajaan. Ianya dikendalikan oleh pihak profesional tempatan yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana jabatan yang berkaitan dengan Insolvensi di Malaysia atau mana-mana badan kerajaan atau yang sewaktu dengannya. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam Mykebankrapan.com tidak boleh dijadikan panduan untuk sebarang tindakan secara sendirian tanpa terlebih dahulu merujuk kepada mana-mana konsultan atau peguam yang berpengalaman.

25 Mac 2024

KUASA MAHKAMAH DI BAWAH SEKSYEN 105 AKTA INSOLVENSI

batal kebankrapan

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PEMBATALAN PERINTAH KEBANKRAPAN DENGAN PERINTAH MAHKAMAH? APAKAH KEADAAN YANG MEMBOLEHKAN SESEORANG ITU MEMOHON KEPADA MAHKAMAH UNTUK MEMBATALKAN PERINTAH KEBANKRAPAN YANG DIKENAKAN TERHADAPNYA?

...

105. Power of court to annul bankruptcy order in certain cases

(1) Where in the opinion of the court a debtor ought not to have been adjudged bankrupt, or where it is proved to the satisfaction of the court that the debts of the bankrupt are paid in full, or where it appears to the court that proceedings are pending in the Republic of Singapore for the distribution of the bankrupt's estate and effects among his creditors under the bankruptcy or insolvency laws of the Republic of Singapore and that the distribution ought to take place in that country, the court may annul the bankruptcy order.

...

1. Permohonan untuk membatalkan kebankrapan adalah suatu permohonan yang lazimnya akan difailkan ke Mahkamah untuk memohon perintah Mahkamah agar kebankrapan si bankrap itu di batalkan.

...

2. Ini adalah selaras dengan peruntukan yang telah diberikan oleh seksyen 105 Akta Insolvensi 1965 yang memberi kuasa kepada Mahkamah untuk membatalkan perintah kebankrapan di dalam keadaan-keadaan yang tertentu. 

...

3. Keadaan-keadaan tertentu yang bagaimana Mahkamah boleh membatalkan perintah kebankrapan?

...

4. Mengikut apa yang telah digariskan di dalam s.105 Akta insolvensi 1965, salah satu daripada keadaan-keadaan tertentu tersebut adalah apabila Mahkamah dapat diyakinkan bahawa si bankrap tidak sepatutnya diisytiharkan bankrap.

...

5. Contohnya, apabila terdapat kecacatan atau ketidakaturan yang berat pada penghakiman yang menjadi asas kepada prosiding kebankrapan tersebut, maka Mahkamah mempunyai kuasa untuk membatalkan perintah kebankrapan yang berpunca daripada penghakiman tersebut.

...

6. Satu lagi keadaan-keadaan tertentu yang ditetapkan oleh s.105 Akta Inolvensi 1967 adalah apabila Mahkamah berpuas hati dengan bukti bahawa hutang kebankrapan tersebut telah dilangsaikan sepenuhnya.

...

7. Contohnya, satu perintah kebankrapan telah dikenakan ke atas Brian untuk hutang penghakiman berjumlah RM150,000.00. Mahkamah boleh menggunakan kuasanya untuk membatalkan kebankrapan Brian jika Brian dapat menunjukkan bukti bahawa beliau telah berjaya membayar keseluruhan amaun hutang penghakimannya itu.

...

8. Bagaimana cara untuk memfailkan permohonan untuk membatalkan kebankrapan melalui perintah Mahkamah? Ianya melibatkan pemfailan permohonan dan disokong oleh afidavit dan ekshibit yang tertentu ke Mahkamah.

...

9. Siapakah yang akan membuat permohonan pembatalan ini? Permohonan pembatalan perintah kebankrapan ini pada kebiasaannya akan difailkan, samada oleh si bankrap itu sendiri atau oleh peguam yang dilantik oleh si bankrap.

---

kebankrapan

____________________________


Perhatian - Mykebankrapan.com bukanlah merupakan laman yang dikendalikan oleh mana-mana jabatan yang berkaitan dengan Insolvensi di Malaysia mahupun mana-mana badan kerajaan. Ianya dikendalikan oleh pihak profesional tempatan yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana jabatan yang berkaitan dengan Insolvensi di Malaysia atau mana-mana badan kerajaan atau yang sewaktu dengannya. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam Mykebankrapan.com tidak boleh dijadikan panduan untuk sebarang tindakan secara sendirian tanpa terlebih dahulu merujuk kepada mana-mana konsultan atau peguam yang berpengalaman.

20 Mac 2024

MEMBANKRAPKAN ORANG YANG BERHUTANG

membankrapkan orang berhutang

ADAKAH SESEORANG ITU BOLEH DIBANKRAPKAN OLEH KERANA KEGAGALAN BELIAU MEMBAYAR HUTANG? BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBANKRAPKAN SESEORANG KERANA KEBERHUTANGANNYA DAN APAKAH SYARAT-SYARAT YANG PERLU DIPENUHI? 

---

1. Keengganan seorang penghutang (Peminjam wang) untuk membayar hutang adalah sesuatu yang kerap kali dan biasa berlaku. Baik untuk jumlah yang kecil mahupun jumlah yang besar.

---

2. Adakah seseorang itu boleh dikenakan tindakan kebankrapan kerana kegagalannya membayar hutang? Jawapannya boleh.

---

3. Pertama sekali, hutang yang gagal dibayar itu hendaklah berjumlah tidak kurang daripada RM100,000.00. Pemiutang (Pemberi Pinjam) tidak dibenarkan memfailkan prosiding keberhutangan untuk hutang yang kurang daripada amaun RM100,000.00.

---

3. Kedua, kaedah lazim yang di lakukan adalah Pemiutang akan terlebih dahulu memfailkan Writ Saman di Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Tinggi (jika amaun hutang melebihi RM1,000,000.00) terhadap Penghutang. Tindakan Saman ini adalah bertujuan untuk mendapatkan Penghakiman.

---

4. Fungsi Penghakiman ini diantara lainnya adalah sebagai dokumen pengesahan daripada  Mahkamah berkenaan dengan keberhutangan dan jumlah baki keberhutangan yang dituntut terhadap Penghutang. 

---

5. Melainkan Penghakiman tersebut di batalkan, tidak ada siapa-siapa lagi yang boleh menyangkal keberhutangan dan jumlah hutang yang perlu dibayar oleh Penghutang.

---

6. Selepas mendapat Penghakiman di Mahkamah, Pemiutang akan menyerahkan sesalinan Penghakiman tersebut dan seterusnya akan menuntut agar pembayaran penuh dibuat di dalam tempoh masa yang tertentu.

---

7. Akhir sekali apabila Penghutang enggan atau gagal membuat pembayaran, maka peguam yang dilantik oleh Pemiutang akan memfailkan Notis Kebankrapan diikuti dengan proses pendengaran Petisyen yang berkenaan di Mahkamah mengikut ketetapan, syarat-syarat dan jangka masa yang telah ditetapkan oleh Akta Insolvensi 1967.

---

8. Sekiranya Mahkamah berpuas hati bahawa semua dokumen-dokumen adalah teratur dan syarat-syarat yang membolehkan seseorang itu diisytiharkan bank telah dipenuhi, maka Mahkamah yang merekodkan Perintah Kebankrapan keatas Penghutang tersebut.

---

kebankrapan

____________________________


Perhatian - Mykebankrapan.com bukanlah merupakan laman yang dikendalikan oleh mana-mana jabatan yang berkaitan dengan Insolvensi di Malaysia mahupun mana-mana badan kerajaan. Ianya dikendalikan oleh pihak profesional tempatan yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana jabatan yang berkaitan dengan Insolvensi di Malaysia atau mana-mana badan kerajaan atau yang sewaktu dengannya. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam Mykebankrapan.com tidak boleh dijadikan panduan untuk sebarang tindakan secara sendirian tanpa terlebih dahulu merujuk kepada mana-mana konsultan atau peguam yang berpengalaman.


Cari Kandungan Laman

mykebankrapan.com © , Hakcipta terpelihara. Laman Guaman